20100303

cerita aku dan dia...

Teringatku tatkala kita keluar bersama.. dikala itu kuhilangkan rasa maluku.. ku tebalkan wajahku demi memenuhi hasrat hati yang ingin berjumpa denganmu.. hasrat hati yang ingin mengenalimu… aku rindu wajah tenangmu.. wajah yang menyejukkan hati. Senyummu yang membuat tidur malamku mengidamkan wajahmu.. menunggu masa kerjaku selesai.. jantungku berdegup kencang, 5 mnt lagi aku akan berjunpa denganmu.. buat pertama kalinya kita keluar berdua bersama dengan alasan urm.. belajar. Benar kah aku belajar? Ya!!! Aku belajar mengenali dia.. belajar photoshop juga walaupun aku tidak berapa ingat apa yang diajarkan… tatkala pintu kubuka, keretamu sudah kelihatan,, kurasakan tulang kakiku hilang entah ke mana.,, dahiku memercikkan peluh sejuk,, dingin kerana ketakutan…berdiri segala bulu romaku,… berkejar-kejaran ingin melihatmu sebelum mataku mendahului.. darah yang berderau memerahkan pipiku,, kugagahi langkahku mendekati keretamu.. dalam hatiku berdoa semoga hari ini aku dalam lindunganmu ya Allah.. jauhkanlah syaitan di antara kami.. ku buka pintu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. aku masuk dengan penuh sopan seperti apa yang ibu dan ayahku ajarkan sebelum ini.. berada di keretamu jantungku kembali tenang.. alhamdulillah.. syukurku kepada ilahi, entah kerana telah bertemu denganmu atau bacaan al-quran yang kau pasang di keretamu.. kita mula berbasa basi.. setelah sampai ke tujuan.. aku mula berpikir, dimana patut aku duduk ketika ini? Dihadapannya atau di sisinya? Ku pandang sekilas wajahnya. DUG!! Jantungku beraksi.. oh tidak.. aku tidak mau duduk di hadapannya.. aku tidak mempunyai segunung keberanian untuk menatap matanya… mata yang bening.. mengguncang jantung.. lalu ku pilih untuk duduk di sisinya.. setelah duduk kau gelisah.. panas katamu.. peluh mula menitik di dahimu.. indah! Setelah bertukar tempat, kita mula belajar, caramu mengajar begitu bersungguh-sungguh.. kagum melihatmu begitu.. niatku yang ingin belajar photoshop dan ingin berjumpa denganmu lebih kepada ingin berjumpa denganmu.. didekatmu membuatku berasa tenang.. hilang rasa gelisah takut resah yang menghantuiku sedari tadi.. aku yakin aku selamat bersamamu.. aku mula memerhatikanmu mengajariku.. terkadang aku berkhayal, tidak ku hiraukan ajaranmu,,. Maafkan aku.. tersenyum ku melihatmu.. melihat tingkahmu yang agak malu-malu.. sejenak aku mencuri pandang matamu. Disisimu dapat ku hidu haruman tubuhmu., dapat ku dengar desahan nafasmu yang merdu.. kulihat peluh jernih mula memercik di dahimu lagi.. jika syarak mengizinkan inginku tadah peluhmu dan ku buat untuk berwudhuk.. jika aku mempunyai kuasa ingin saja aku ubah masa supaya berhenti.. berhenti dari berlalu.. aku ingin terus begini.. duduk di sampingnya.. mendengar suaranya,, mendengar gelak tawanya.. argh!! Masa tidak bisa diajak kompromi.. masa berlalu.. setiap masa begitu berarti bagiku.. akan kuingat moment2 indah ini sampai ke akhir hayat..











Semalaman aku berfikir.. perbezaan antara kami.. kau begitu sempurna bagiku.. kau terlalu baik padaku.. mungkinkah aku yang akan menjadi jodohmu? Keluargaku tidak seperti keluargamu.. didikan keluargaku tidak seperti didikan keluargamu.. aku kagum melihat kesopananmu.. kagum melihat kemesraanmu dengan keluargamu….. bisakah aku masuk dalam lingkungan keluargamu? Bisakah kau masuk dalam lingkungan keluargaku? Perbezaan yang amat ketara.. terlalu banyak kekurangan dalam diri ini.. masak? Mengemas? Menyuci? Menjaga anak, menyusu mendidiknya.. apakah aku mampu melakukan semua itu? Apakah aku boleh membagi masaku untuk itu kelak? Apakah aku mampu membahagiakanmu? Apakah aku mampu menjadi seorang istri yang baik untukmu? Sedangkan sikapku kerap berubah.. aku anak bongsu.. anak ke 3.. melambangkan api.. keras kepala..manja.. sedangkan kau.. anak sulung.. bersikat matang.. lembut… melambangkan angin..teringat lagi aku akan kata-kata ibumu.. “ORANG YANG BAIK AKAN MENDAPAT JODOH YANG BAIK JUGA” ketika mendengarnya.. spontan!!! Aku ketakutan… terasa tersedar dari mimpi.. siapa aku!!! aku tidak layak berdampingan dengan insan sepertimu.. kau sangat sempurna bagiku.. sekiranya kita bukan jodoh yang sebenar.. aku redha.. aku redha kerana aku tau.. Allah menyayangimu.. mungkin ada wanita yang lebih baik dariku yang lebih pantas mendampingimu.. doakau agar kau bahagia.. walau bukan denganku sekalipun.. cukup dengan mengenalimu.. walau hanya beberapa hari mengenalimu.. serasakan aku dekat denganNYA.. kau mengingatkan aku akan NYA.. yang sebelum ini selalu kuabaikan.. sujud syukur padamu ya ALLAH.. kau telah memberiku peluang mengenali hambamu itu.. dia yang banyak mengingatkan ku akan NYA.. mengajariku untuk mendekatkan diri denganNYA.. ya ALLAH.. aku sangat menyayangi dia… aku takut akan kehilangannya.. namun aku hanya bisa berdoa padamu semoga dia juga sayang padaku sebagaimana aku sayang padanya.. dia milikmu ya ALLAH.. sekiranya aku diberi peluang untuk meminta.. ingin ku pinta seluruh hatinya untukku..